Dengan rasa syukur, saya mempersembahkan buku ini, 50 TIPS PENJAGAAN BUAH PINGGANG
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pengamal perubatan dan profesor, serta melalui peranan saya sebagai perunding dalam bidang Pemakanan dan Perubatan Alam Alam Sekitar.
Sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan University of Liverpool, saya berharap buku ini dapat memberi panduan praktikal yang dapat berasaskan bukti kepada mereka yang berhadapan dengan
masalah buah pinggang. Penjagaan kesihatan buah pinggang amat penting, dan
langkah-langkah pencegahan boleh membantu mengelakkan rawatan yang lebih invasif
seperti dialisis.